Powered By Blogger

Selasa, Oktober 25, 2011

New Model Casio EFR502D Ready Stock!!


Model EFR502D ini ada iras-iras model seblum ini EF547D cuma saiz diameter untuk model EFR502D ini lebih kecil sedikit dan button untuk chronograph lebih kurus dan panjang sedikit berbanding model EF547D agak besar dan pendek.Namun kedua-dua model ini mungkin diadaptasi daripada model Grand Carerra keluaran Tag Heuer. Namun model ini agak kemas dan simple kerana banyak model -model edifice sebelum ini agak berserabut dial-mukanya kerana dipenuhi sub-dial dan disaluti dengan carbon fibre pula. Bagi mereka yang mencari jam yang agak kemas papan mukanya, simple tapi smart mungkin jam ini boleh jadi taruhan disamping harga sangat berbaloi RM350-00 INCLUDE POSTAGE!!

2 ulasan: